Posts

Bagaimana Memahami Penyata Kewangan?

Image
Hampir kesemua organisasi sama ada bermotifkan keuntungan atau tidak bermotifkan keuntungan perlu menyediakan Penyata Kewangan bagi membentangkannya dalam mesyuarat agung tahunannya. Bagi peniagaan kecil dan sederhana perlu kepada penyata kewangan sebagai alat pengurusan dan sebagai maklumat yang berguna untuk memajukan lagi perniagaan.Namun adakah kita memahami maklumat yang dinyatakan dalam Penyata Kewangan dan apakah maksud di sebalik angka yang tercatat dalam penyata tersebut. Seminar satu hari ini akan memberi pendedahan kepada peserta bagaimana memahami dan seterusnya dapat membaca Penyata Kewangan.

KURSUS KEMAHIRAN PERAKAUNAN

Image
Kursus akaun; menjadikan anda cekap dan berkemahiran untuk mengendalikan set penuh perakaunan; mampu menyediakan penyata kewangan perniagaan kecil dan sederhana. Perakaunan adalah bahasa perniagaan yang menggambarkan kedudukan kewangan sesebuah organisasi perniagaan pada sesuatu tempoh masa. Simpankira adalah sebahagian daripada perakaunan. Perakaunan merangkumi aspek yang lebih luas. Catatan bergu ialah suatu kaedah merekod urusniaga secara sistematik yang dapat menguji ketepatan catatan perakaunan. Kerani akaun berfungsi merekod urusniaga perniagaan dan menyediakan penyata kewangan untuk sesuatu tempoh perakaunan.